← Semua artikel Tips Belajar

Persediaan anak masuk Tahun 1: senarai semak untuk ibu bapa

Getting your child ready for Year 1: a checklist for parents

Masuk Tahun 1 ialah perubahan besar. Anak perlu duduk lebih lama, mengikut jadual, menguruskan barang sendiri dan bergaul dengan ramai kawan baru. Sedikit persediaan beberapa bulan sebelum sekolah bermula boleh membuatkan peralihan ini lebih mudah.

Kemahiran akademik asas

Anak tidak perlu sudah pandai segalanya, tetapi ini akan sangat membantu:

  • Mengenal semua huruf dan bunyinya.
  • Membaca suku kata dan perkataan mudah. Lihat cara mengajar anak membaca.
  • Menulis nama sendiri dan memegang pensel dengan betul.
  • Mengira 1 hingga 20, dan mengenal nombor.
  • Mengenal warna dan bentuk asas.

Kemahiran berdikari

Kemahiran ini sering dilupakan, tetapi sangat penting di sekolah:

  • Ke tandas sendiri dan membasuh tangan.
  • Membuka bekas makanan dan botol air sendiri.
  • Membeli makanan di kantin dan mengira duit kecil.
  • Memakai dan membuka kasut sendiri.
  • Menyimpan buku ke dalam beg mengikut jadual.
  • Mengenal barang sendiri. Labelkan semua barang dengan nama anak.

Persediaan emosi

  • Ceritakan tentang sekolah dengan cara positif. Elakkan ugutan seperti "Nanti cikgu marah."
  • Lawat sekolah sebelum hari pertama jika boleh.
  • Latih rutin tidur awal dua minggu sebelum sekolah bermula.
  • Ajar anak meminta tolong daripada guru: "Cikgu, saya nak ke tandas."
  • Beri peluang bergaul dengan kanak-kanak lain sebelum sekolah.

Senarai barang sekolah

  • Beg sekolah yang ringan dan saiz sesuai.
  • Pakaian seragam, kasut dan stoking (sediakan sekurang-kurangnya 2 pasang).
  • Alat tulis: pensel, pemadam, pengasah, pembaris, pensel warna.
  • Bekas makanan dan botol air berlabel.
  • Buku latihan mengikut senarai sekolah.

Minggu pertama

Hari-hari pertama boleh memenatkan. Anak mungkin balik dengan mood yang kurang baik. Itu normal. Tanya soalan khusus seperti "Siapa kawan baru kamu?" berbanding "Macam mana sekolah?", dan pastikan anak cukup tidur.

Jika anak masih belum bersedia dari segi membaca atau mengira, tutor kami boleh membantu secara 1-to-1 sebelum atau semasa Tahun 1. WhatsApp kami.

Komen

Nama pertama anda akan dipaparkan bersama komen.

Anak perlukan bimbingan yang lebih sabar?

WhatsApp kami dan ceritakan tentang anak anda. Kami akan carikan tutor yang sesuai.

WhatsApp kami