← Semua artikel Tips Belajar

Anak malas belajar? 8 cara membina minat belajar tanpa marah-marah

Child refusing to study? 8 ways to build a love of learning without shouting

"Setiap kali suruh buat kerja rumah, mesti ada drama." Kalau ini berlaku di rumah anda, anda tidak keseorangan. Tetapi selalunya anak bukan malas. Ada sebab di sebalik keengganan mereka.

Cari puncanya dahulu

  • Tidak faham. Anak yang tidak faham akan mengelak kerana takut salah.
  • Asas lemah. Contohnya, susah Matematik Tahun 4 kerana sifir belum kukuh.
  • Penat atau kurang tidur.
  • Terlalu banyak gangguan, terutamanya gajet.
  • Pernah dimarahi atau dimalukan semasa belajar.
  • Masalah pembelajaran yang belum dikenal pasti, seperti disleksia atau ADHD.

8 cara membina minat belajar

  1. Tetapkan rutin yang sama setiap hari. Contohnya, rehat dan makan dahulu selepas sekolah, kemudian belajar jam 4 petang. Rutin mengurangkan perbalahan.
  2. Pecahkan kerja kepada bahagian kecil. "Siapkan 5 soalan dahulu" lebih mudah dimulakan berbanding "Siapkan semua kerja rumah."
  3. Puji usaha, bukan hanya markah. "Ibu nampak kamu cuba lagi walaupun susah" membina ketahanan.
  4. Beri pilihan. "Nak buat Matematik atau Bahasa Melayu dahulu?" Anak lebih bekerjasama apabila rasa ada kawalan.
  5. Kaitkan dengan minat anak. Anak suka bola? Kira markah pemain. Suka memasak? Ukur bahan resipi.
  6. Jauhkan gajet semasa belajar. Lihat cara mengurangkan masa skrin.
  7. Duduk berdekatan, jangan ambil alih. Kehadiran anda membantu anak fokus, tetapi biar dia yang berfikir.
  8. Raikan kemajuan kecil. Tampal carta bintang atau beri masa bermain tambahan.

Elakkan ini

  • Melabel anak "malas" atau "bodoh", walaupun dalam keadaan marah.
  • Menjadikan belajar sebagai hukuman.
  • Belajar terlalu lama tanpa rehat.

Bila perlu bantuan luar?

Kadang-kadang anak lebih mudah belajar dengan orang lain, bukan ibu bapa sendiri. Ini perkara biasa. Tutor 1-to-1 boleh mengenal pasti di mana anak tertinggal dan membina semula keyakinannya, di rumah atau online. WhatsApp kami untuk kelas percubaan.

Komen

Nama pertama anda akan dipaparkan bersama komen.

Anak perlukan bimbingan yang lebih sabar?

WhatsApp kami dan ceritakan tentang anak anda. Kami akan carikan tutor yang sesuai.

WhatsApp kami